(via penishole)

Bersama Mazidul: Kisah Cikgu Maktab

Isnin, Disember 19, 2011

ADAM ADLI DAN KISAH CIKGU MAKTAB (UPDATED)

Nama pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Adam Adil, 22 tahun  hangat diperkatakan kerana terbabit menuntut pemansuhan AUKU di jalanan. 

Dia membuat kenyataan di YouTube.


Didorong keinginan untuk mengetahui siapa sebenarnya anak muda itu, saya meneliti akaun Twitter nya.

Gaya bahasanya …


Kepercayaan politiknya …




Ok, faham.

KISAH CIKGU MAKTAB

Pembaca dihormati, izinkan saya untuk berkongsi secebis kisah amat signifikan dalam kehidupan saya dan ramai lagi rakan pernah bergelar murid.
“Baiklah, mulai esok pagi, guru maktab akan mula mengajar di kelas kamu. Jangan nakal dan buli dia. Hormati guru itu sepertimana kamu menghormati cikgu lain di sekolah ini dan belajar seperti biasa,” pesan guru kelas.

Sekolah Kebangsaan Slim Village, SKSV, Perak terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung saya, Kampung Sungai Bill.
Berikut gambar lencana sekolah saya, kekal hingga ke hari ini.


Saya menuntut di darjah satu pada tahun 1974 dan 5 tahun kemudian berpindah ke sekolah baru, mengekalkan nama sama di Kampung Sawa.

Untuk membaca maklumat dan melihat gambar sekolah baru terbabit, sila klik di sini.

Kehadiran guru dari Maktab Perguruan Sultan Idris, MPSI pada ketika itu (kini digelar Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI)  sentiasa dinantikan oleh semua pelajar. Mereka guru muda, berusia awal 20 an dan dilihat pelajar sebagai ‘nafas baru’ dari aspek pendidikan biar pun mereka hanya berkhidmat dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Untuk rekod, MPSI terletak kira-kira 17 kilometer dari kampung saya. Lazimnya, bakal guru menuntut di MPSI gemar datang berkelah dan bermandi-manda di sungai mengalir jernih dan berair sejuk di kampung saya.
Di kalangan guru sekolah, murid dan penduduk kampung, mereka dikenali sebagai ‘cikgu maktab’.
Pada hari pertama cikgu maktab mengajar di sekolah, majoriti murid akan bercerita fasal mereka.
“Kami dapat cikgu Salmah, dia cantik, baik dan tidak garang. Seronok sangat belajar tadi”
Itu antara contoh komen pelajar ketika memperbandingkan cikgu maktab mereka mengikut kelas. Jelasnya kehadiran pendidik terbabit bak sinar kepada murid. Guru biasa di sekolah lebih berpengalaman dan sikap mereka telah dikenali oleh setiap pelajar di sekolah kecil seperti SKSV.
Contohnya, jika guru bernama Ismail dan bertugas sebagai guru disiplin, lazimnya beliau jarang digemari oleh murid tetapi tetap dihormati.
“Cikgu Ismail garang, kerja dia bawa rotan ke hulu ke hilir. Sekali dia sergah semua kecut perut,” keluh murid.
Namun selepas 40 tahun, nama cikgu Ismail masih diingati majoriti murid di SKSV, baca coretan blogger, juga rakan sekampung saya, Yasin Baharudin, di sini.

Pada zaman persekolahan, tidak pernah didengari kes murid memukul guru, hanya guru sahaja merotan murid, itu pun jika mereka melanggar disiplin sekolah.
Cikgu maktab selalunya bersikap lebih mesra, tidak garang dan lebih kreatif sewaktu mengajar. Oleh itu, kehadiran mereka di dalam kelas sentiasa disenangi oleh semua murid. Justeru tidak hairan jika sepanjang tempoh 3 bulan mengajar dan belajar sebagai pendidik, majoriti murid begitu bersemangat untuk ke sekolah setiap pagi biar pun pada ketika itu kami hanya menaiki bas buruk Syarikat Mogah Omnibus.
Jarang benar murid dihantar ke pintu sekolah menggunakan motosikal, jauh sekali kereta kerana majoriti pelajar SKSV, anak petani dan penoreh getah. Basikal, kenderaan utama dikayuh ke sekolah oleh murid tinggal di kampung berhampiran SKSV.
“Bungkus rambutan itu, masukkan langsat sekali. Nanti bila sampai di sekolah bagi kepada cikgu maktab,” ujar ibu murid. 
Begitu lazimnya, kehadiran cikgu maktab turut dirasai oleh keluarga kerana melihat keceriaan wajah anak mereka setiap hari.
Tempoh lebih kurang 90 hari tidak lama andai murid berasa lebih gembira di sekolah.

“Esok, guru penyelia cikgu akan datang dan duduk di belakang kelas kita. Guru itu akan melihat bagaimana cikgu mengajar kamu semua. Jadi kalau cikgu bertanya soalan, kamu tolong jawab, jangan diam pula,” pesan cikgu maktab.
Kenyataan itu sekaligus melambangkan, tempoh perkhidmatan cikgu maktab akan berakhir. Pada hari terbabit, semua murid akan berpakaian kemas dan tanpa teragak-agak memberikan kerjasama penuh di dalam kelas bertujuan memastikan prestasi cikgu maktab kesayangan mendapat pujian guru penyelia beliau.
Beberapa hari kemudian ibu dan bapa kami akan bertanya soalan diulang setiap tahun.
“Hendak beri hadiah apa kepada cikgu maktab?”
Majoriti murid bukan dilahirkan di dalam keluarga hidup senang, fakta itu diketahui oleh cikgu maktab. Namun kami tetap akan berusaha sedaya-upaya membelikan hadiah untuk cikgu bakal meninggalkan kami semua. Untuk pengetahuan pembaca muda, pada ketika itu tiada pusat membeli-belah di pekan koboi, Slim Village, Slim River dan Tanjung Malim.
Justeru, pilihan hadiah tentunya terhad.
“Cikgu, maafkan saya. Saya tidak ada duit, hanya mampu membelikan sebatang pensil untuk cikgu,” kata murid perempuan.
Saat itu secara spontan airmata mula kelihatan bergenang di kelopak mata mereka berdua. Lantas cikgu maktab memeluk erat anak murid itu, beliau tahu tidak semua keluarga mampu menghadiahkan barangan mahal di hari terakhir tugasannya di SKSV. Murid lain berdiri di sekeliling juga sekaligus tidak berupaya menahan perasaan sebak dan sedih. 
Mereka menangis, satu kelas menangis.
Mereka menangis kerana akur betapa tipis kebarangkalian untuk kami bertemu kembali dengan cikgu maktab itu. Selepas menamatkan pengajian di MPSI, cikgu itu akan dihantar untuk berkhidmat di sekolah lain dan mendidik anak murid berbeza.
Pada masa sama, semua murid mengakui hakikat bahawa kehadiran cikgu maktab terbabit bertujuan untuk menyempurnakan misi utama setiap guru, mendidik anak bangsa.
Cikgu maktab itu dikenang dan jasa beliau amat dihargai berikutan ilmu dicurahkan, sikap mesra ditampilkan dan paling penting beliau itu GURU bukan politikus melaungkan perjuangan di jalanan.
Saya bersyukur kerana Adam Adli bukan seorang daripada cikgu maktab pernah mendidik saya.

El Clasico!!! Forza Barca & Madrid!

El Clasico!!! Forza Barca & Madrid!

(Source: miss-ricky)

to be able to live in an era of the two best football players rival each other make me very grateful and lucky! rather than arguing who is the best, i just enjoy these two players play <3 

to be able to live in an era of the two best football players rival each other make me very grateful and lucky! rather than arguing who is the best, i just enjoy these two players play <3 

(Source: neymar-junior)

Oh yeah ;)

messilove:

Finally got myself a copy of this bad boy (yeah, we’re a little behind down here). So amazing…

cair jap….

[Flash 10 is required to watch video]

videogamenostalgia:

Skyrim salt art by Bashir Sultani.

Just a few hours away now! Who’s excited?

(Source: itsxplacebo)

The Last Minutes - Landslide (Cover) (by TheNazreensyah)

Dari Kaca Mataku #3

asalamualaikum, peace be upon you..

there is this one person that i would say kinda treating me as an unknown entity.

hahaha well, anyway, what i’m just trying to say here, she is the only person in my fb that i never saw her ‘like’ any of my wall post,pictures,status or even ‘renungan2’…apetah lagi nk comment kan? i dunno why, in real life pon mcm bwat x wujud…ow well, i wanna stress about this post that i am not condemning anyone, flirting with anyone, pissing anyone, try to pick a fight or wat..no..this is a purely just telling a story-like post…

and recently there is this one time i used smeone else’s fb account and make a kinda funny comment at my friend’s status, and walah! guess what? she liked it!! hahahaha..and then this made me wndering again, will she ‘like’ the post if i am post that comment using my own account???

weird how a friendship end up in nothingness. pity i would say…(im not referring this to anything, just in general)…but that one ‘like’ made me smile thinking, how it would ever be the same if she knew it was me…hahaha gotcha~

lemme end this with a hadiths and a Quran verse about friendships:

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, 
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

‘You will see the believers in their mutual kindness, love and sympathy just like one body. When a limb complains, the whole body responds to it with wakefulness and fever’ (Muslim and Bukhari)

Prophet Muhammed  said 
“You shall not enter Paradise until you believe; and you will not bellieve until you love one another. Shall I not guide you to a thing? Which when done , will make you love one another: Spread the greeting of Salam among you”- (Muslim)

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

wassalam…

(via penishole)

8 drugs you shouldn’t do while driving

(via nekokyatto)